Friday, July 17, 2015

SEPT 2014


L181   Offroad Sg Ara, Bukit Carpet, Pondok Upeh, Blue Mountain     01/09/14


Laluan trek memang tersangat bagus walaupun licin, benar2 menguji mental dan fizikal. Walaupun penat, ia hilang bila dapat berkayuh di hutan, denai, kebun, ladang, tepian sungai, kolam, bendang, kampung dan lain2. Damai sungguh jiwa ini bila peluh membasahi meredah alam. Terubat sudah kerinduan utk menyertai jambore setelah selesai Ramadhan Al Mubarak. Syukur kerana Allah swt masih memberi segelintir ruang beriadah dan menikmati alam maya ini. Ikon2 HRK memang terbaik. Terima kasih kerana meraikan kayuhan kita di jamboree kali ini.


Laluan trek memang tersangat bagus walaupun dikebanyakannya licin disebabkan hujan malam sebelumnya. Ini benar benar menguji mental dan fizikal pengayuh.

Marshall terbaik - Suheilmy 






































_________________________________________________________________________________

J25   JAMBORI THOMPSON TRAIL CAMERON HIGHLAND 06/09/15

Asslamualaikum....

Kayuhan santai menikmati alam dan udara nyaman. Terima kasih banyak2 kpd Izhar Manap yang memberi ruang utk ana berkayuh di sini.

Selain riadah dan menikmati alam, misi ke Jembori ini juga sarat dgn mesej nilai2 kemanusian, ukhwah, persahabatan, semangat berpasukan dan tolong menolong. Terserlah pada malam BBQ dan pada kayuhan keesokannya. Nilai2 positif ini terlalu indah di
rakamkan dalam sanubari. Ianya boleh hadir dalam acara sebegini dalam kehidupan berjamaah serta tidak sekali kali muncul jika ...... invidualistik. Pesanan untuk kita dan ana sebenarnya.

Seperkara yang menarik untuk dikongsi ialah bagaimana sahabat ana Low Speed yang dikenali sebagai Tokwan yang berada di are
na kayuhan pada usia 50an malah sekarang mungkin menghampiri 60an menggapai kejayaan berada pada kedudukan 'Top Ten' kategori veteran disini. Iktibar kejayaan beliau supaya memberi semangat serta motivasi kepada semua bukan semata2 dibidang kayuhan malah didalam apa saja bidang yang diceburi tanpa mengira batasan usia, cabaran dan dugaan serta onak duri yang senantiasa menghalang impian dan cita2 supaya berjaya dengan gemilang.

Setakat ini saja, tidak lupa keluarga yang dicintai yg ditinggalkan kerana mereka cukup memahami.


Ana suka suka bergambar sahaja. Yg betul2 ialah Low Speed yang dapat top 10  





Perjalanan berkereta menuju Cameron pada hari sebelum Jembori 




Makan besar HRK dengan Rancak Riders 




Tokwan yang kuat berkayuh....


 recommanded by
 tokwan





















_________________________________________________________________________________


J25   JEMBORI JELI KELANTAN 13/09/14

Kayuh lasak versi Kelantan (pinjam ungkapan sahabat ana) - 

Allahuakbar Masya Allah...boleh tahan jugak ana rasa......

Alamak, hadoeh, meleleh, tulun tulun, nak balek, nyesal, apa la cari pasal, nasib nasib, tidoq kat rumah bukan ka bagus , sakittt, krem, fuhhh sungai, mak datuk.......... lepas selesai kayuhan .......... Alhamdulillah selamat, leganya, Masya Allah bestnya, lazatnya , indah la, wow, superb, fantastic....dah terubat kedukaan masa mengayuh :)  . ...ini contoh Rider tak larat, jangan contohi :)  . 

Berbaloi bermusafir ke sini....hampir 500km, menerobos bersama Man Fuji​ dlm kereta mpv buruk membelah banjaran Titiwangsa. Bersaing dengan 3 lagi kereta canggih sahabat2 ana yg lain Sabri Rahim​ Nasir Osman​ Mazlan Lan​ Mohd Noor Ooi Kook Hsiung​ Amins Abd Shukor​ ANuar Ismail​ Lan Dan Yan​ dan Azmel Ahmad​. Memang best trip kali ini, Allah menemukan Homestay istimewa Auni Homestay Lakota, Jeli (hasil penat jerih Mr Sabri), ...credit utk homestay ini...6bintang - penilaian ana je :), byr rm20 sahaja, byran yg ana kena byr, apsal...berkat gamaknya...homestay Tuan Imam Masjid Lakota..Masya Allah hebat hebat anugerah Allah swt. 

Usaha Ikhtiar.....https://www.facebook.com/groups/320006731508787/members/   Allah yang maqbul.

Allah beri lagi kesempatan kayuh disini. 
Allah beri lagi sediikit kekuatan. 
Allah beri lagi peluang beriadah disini. 
Apa lagi yg dicari. Kembalilah kepadanya. 

Ingatlah...ana dikala usia ini sentiasa kena bermuhasabah, memohon pada Ilahi..lebih2 lagi hidayah, walaupun pada keraian riadah seperti ini. Tentu tidak salah bermuhasabah cara begini. Bukankah Islam itu Syumul!

Gambar kompilasi drp ana , sahabat2 lain spt Lan, Sir, Ooi, Amin dan juga Cycling Malaysia Mag.  






































Buah tangan untuk pulang.........Akok

_________________________________________________________________________________


L182   KAYUHAN HALAI HALF PENANG OFFROAD 16/9/15

Assalamualaikum & salam bahagia.

Terpahat pula dalam diari kayuhan, ini adalah antara trip yg menjadi igauan dan bakal diingati sepanjang carier sebagai pengayuh gerek.

Memang 'halai' kayuhan pd hari Malaysia 2014 ini. Bermula 6.45am dan tamat 7pm. Walaupun mengambil masa yg lama dan kudrat yg bukan sedikit, bagi ana yg tak larat ini, namun ,ianya cukup istimewa. Sumber kekuatan ana ialah keinginan explore&enjoy bukit bukau di Penang, riadah, kesihatan, dan bukan bersumberkan kekuatan kudrat. Tak larat - tolakkkkk. Pada umur ana, apa lagi yg diharap pd kudrat.

Intro kayuhan youtube nukilan Syumi sendiri..... http://www.youtube.com/watch?v=87nIpVDroNc

Sempat merasa terjun gaung semasa mengelak batu besar yg membonjol di lereng bukit di Gertak Sanggul. Alhamdulillah Allah melindungi ana.

Terlanggar batu dari Allah,
Terjatuh gaung dari Allah,
Terselamat pun dari Allah.
Pemberi kesihatan...Allah,
Pemberi sakit ... Allah,
Pemberi nikmat...Allah
Semuanya.....Allah
Qadho Qadar hendaknya.
Oleh itu, kembalilah kepada Allah..kita kita yang alpa..analah tu.

Jarak - hampir 80km (70%) offroad

Route - Sg Ara - Paya Terubung - Air Itam - TSLK - Tiger hill - Iron cross - 27switchback - tt Krawang -Chempedak trail - Pantai Acheh - Sg Pinang - Kuala Sg Pinang - sebahagian track Jambore Balik Pulau - Pulau Betong - Gertak Sanggul - Teluk Kumbar - Sg Ara.

Usaha ikhtiar.... https://www.facebook.com/events/546453875455452/?ref_dashboard_filter=past ....... Allah maqbul

Terima kasih yg tak terhingga kpd kombinasi 2 explorer hebat Syumi & Sofian.

Semoga berkayuh kita lagi dikayuhan yg lain. Tidak lupa sahabat2 lain semuanya.......anda memang yang terbaik.

Gambar2 kompilasi drp ana, Syumi, Wangde, Ooi, Man, Nasir dll (gmbr yg elok2 tu byk ehsan mereka)


Jazakallah